Sunday, April 29, 2012

Kritik Jilid 1

SAYA SAYANG BAHASA MELAYU

   Dalam menogkah arus modenisasi, kita telah di momok-momok sejak kecil yang bahasa asing itu lebih baik dari bahasa kita. Seringkali saya membaca baca status di "wall" rakan-rakan facebook saya dan mereka lebih suka menulis dalam Bahasa Inggeris. Bukan saya hendak menyalahkan sesiapa, tetapi bak kata pepatah " asal bisa tegal biasa" ramai rakan saya kini sudah seperti mula lupakan penggunaan bahasa Melayu.

    "POST" ini saya sengaja saya tulis kerana  saya terpukul dengan tayangan satu video di youtube Video Terpukul . Tujuan saya memberi komen terhadap video ini bukannya berniat memperlekehkan bangsa lain  terutamanya bangsa cina tetapi saya kagum dengan wartawan berbangsa bukan Melayu tetapi fasih dalam Bahasa Melayu sehingga membuatkan wanita tersebut terpaku sebentar.

    Sewajarnya kita berbangga dengan bahasa kita. Tahukah anda Bahasa Melayu adalah antara  bahasa yang mudah dipelajari didunia. Contoh yang paling baik adalah Bahasa Melayu dijadikan "Lingua Franca" iaitu bahasa pertuturan di zaman kerajaan Malayu Melaka. Di ulangi, BAHASA MELAYU, dan bukannya BAHASA MALAYSIA.

    Cadangan saya, institusi pengajian tinggi hendaklah memasukkan Bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran teras " Core Subject". Tujuannya untuk memperlihatkan kemajuan negara disamping mengekalkan identiti negara . Saya menyokong matapelajaran BAHASA INGGERIS dalam pengajian  tetapi saya menuntut BAHASA MELAYU turut diberikan penghormatan yang sama.



                    Hidup ini singkat, Penuhilah ia dengan ilmu yang berguna.

Ingatlah kawan-kawan Bahasa Jiwa Bangsa.
Sekian untuk Jilid 1